Pages

19 September 2014

Kecergasan Emosi



Definisi

Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, émotion, dari émouvoir yang bermaksud kegembiraan  iaitu dari bahasa Latin emovere.Menurut Kamus Dewan edisi keempat,emosi bermaksud perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut dan lain-lain.

Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.


Hubungan Emosi dengan Kesihatan Manusia

Emosi yang sihat berkait rapat dengan setiap tindak-tanduk kita, justeru ia wajar diberi perhatian. Apabila emosi sihat, perasaan serta tindakan juga akan lebih terkawal. Individu akan lebih tabah menghadapi dugaan, mampu menjalinkan perhubungan yang bermakna dan bersemangat kental. Mental sihat, cergas dari segi mental bukan bermakna kita hidup tanpa sebarang masalah dan kedukaan. Sebaliknya apa yang dimaksudkan di sini ialah keupayaan untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan bersandarkan kekuatan yang dimiliki .



See you next time.

2 comments:

Fatin said...

info yang menarik dan sangat membantu

Farahana Azahar said...

Kita perlu mengawal emosi,bukan emosi yang kawal kita.Baru boleh jadi orang yang hebat.kan?